Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
DAERAH TEMBURONG KENDALI OPERASI SEPADU

TEMBURONG, Rabu 6 Nov - Sebanyak 11 buah kenderaan telah diambil tindakan oleh Pihak Polis serta penemuan 3 kesalahan di bawah Akta Kastam semasa operasi sepadu yang dijalankan di Pos Sempadan Labu Daerah Temburong pada 6 November 2019. 

Operasi sepadu yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Muhammad Ajib bin Haji Ahmad dengan melibatkan seramai 47 orang anggota agensi penguatkuasa undang-undang yang terdiri daripada Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN), Jabatan Kastam & Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen & Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Pengkuatkuasa Ugama (BPU), Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) dan Biosekuriti Bahagian Pertanian. 
 
11 buah kenderaan telah dikeluarkan kompaun Polis atas kesalahan tayar kereta keluar Mudguard dan kesalahan memasang pelekat plastik filem. Manakala 3 kesalahan lain di bawah Akta Kastam dan Eksais Diraja iaitu memiliki barang tegahan minuman keras serta peralatan rokok elektronik. 
 
Sehubungan itu, PPDB menasihati kepada orang ramai khususnya pengguna jalan raya agar sentiasa memastikan kenderaan yang dipandu sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk dijalankan. Di samping itu juga menegaskan kepada orang ramai untuk tidak membawa masuk sebarang barang-barang tegahan ke Negara Brunei Darussalam. 
 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments