Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
POLMAR GAGALKAN AKTIVITI PENYELUDUPAN

2019-08-10 at 18.31.32 (5).jpeg

MUARA, Sabtu 10 Ogos - Polis Marin, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sekali lagi telah berhasil menggagalkan dua (2) percubaan kegiatan penyeludupan barangan tegahan di kawasan Kampung Pelambayan, Daerah Brunei Muara. 
 
Dua (2) kejadian itu berlaku ketika mana Polis Marin sedang menjalankan rondaan harian dan telah menemui 2 perahu yang mencurigakan di perairan Pulau Chermin. Melihat keberadaan anggota polis, kedua-dua buah perahu tersebut cuba melarikan diri dan kejadian kejar-mengejar pun berlaku. 

Kedua-dua suspek telah berjaya ditahan beserta 2 buah perahu yang digunakan. Hasil daripada pemeriksaan terhadap perahu-perahu berkenaan telah menemukan sebanyak 41 paket rokok pelbagai jenis. 
 
Suspek pertama yang ditahan bernama Md Firdaus Fadilah bin Sukry berumur 25 tahun dan suspek kedua, Ashnal bin Ashria berumur 22 tahun. Kedua-duanya tidak mempunyai sebarang pekerjaan. 
 
Kesemua barang-barang tegahan dibawa ke Polis Marin dan kes dipindahkan siasatannya ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) khususnya Polis Marin akan sentiasa komited dalam operasi pembanterasan aktiviti-aktiviti penyeludupan barang-barang tegahan tanpa kebenaran di kawasan perairan Brunei Darusslam. 
 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments