Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SMS PALSU BERUNSUR TIPU

GADONG, Rabu 10 Julai - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan kepada orang ramai agar lebih berwaspada dan berhati-hati berhubung kegiatan penghantaran pesanan ringkas ‘short message service (SMS) yang dipercayai bertujuan untuk membuat satu penipuan ataupun scam yang sedang tular di Negara ini. SMS tersebut dihantar menggunakan nombor talian “44777000111”. 

Di dalam SMS tersebut menyatakan nombor penerima SMS telah pun dianugerahkan sejumlah wang sebanyak 950,000 Euros dari “Pepsi Promotional Awards”. Untuk mendapatkan wang tersebut si penerima diminta untuk menghantar satu e-mel kepada “award@pepclaims.com". 
 
Setakat ini, belum ada laporan kerugian yang dilaporkan kepada pihak PPDB. Pesanan ini bertujuan untuk langkah pencegahan dan peringatan untuk orang awam supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau scam SMS seperti ini. 

PPDB juga memohon bantuan institusi kewangan dan syarikat remittances untuk sentiasa memastikan pelanggan mereka sentiasa mengikut peraturan kewangan dalam penghantaran wang keluar negara. Di samping itu, peringatan kepada orang awam juga supaya mereka tidak menghantar wang kepada pihak yang tidak diketahui kerana ini akan mengelakkan orang awam daripada menjadi mangsa sindiket penipuan atau scam.  
 
Sekali lagi PPDB ingin menasihatkan kepada orang awam agar tidak membalas kepada SMS itu. Janganlah memberikan sebarang maklumat peribadi dan perakaunan kepada mana-mana pihak yang tidak dikenal pasti, terutama apabila menerima SMS sedemikian. 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments