Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
POLIS JALANKAN OPERASI PEMERIKSAAN WARGA ASING

TEMBURONG, Selasa 9 Julai - Satu operasi pemeriksaan warga asing telah dijalankan yang terdiri dari keanggotaan Pasukan Polis Diraja Brunei khususnya Daerah Polis Temburong. 

Operasi ini melibatkan seramai 22 orang pegawai dan anggota polis yang mana operasi ditumpukan ke beberapa lokasi bagi tujuan pemeriksaan secara mengejut ke rumah pekerja asing. 
 
Matlamat utama operasi pada malam itu adalah untuk membuat pemeriksaan secara rambang terhadap pekerja-pekerja asing yang bekerja khususnya di Daerah Temburong untuk memastikan para pekerja asing tersebut tidak ada memiliki barangbarang tegahan lebih-lebih lagi barang-barang yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.  

Hasil dari operasi ini mendapati sebanyak 5 katon rokok pelbagai jenis serta 27 paket rokok yang tidak diikrarkan kepunyaan tiga orang pekerja asing telah ditemui di dua buah lokasi tempat tinggal pekerja di kawasan Jalan Batang Duri, Daerah Temburong. 
 
Pekerja-pekerja tersebut telah ditahan dan penemuan rokok berkenaan dirampas dan diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) Cawangan Temburong untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais 2006. 
 
Operasi malam ini adalah usaha berterusan PPDB di Daerah Temburong dalam sama-sama membanteras jenayah dan kegiatan yang menyalahi undang-undang serta memastikan negara ini sentiasa dalam keadaan aman dan tenteram daripada gejala-gejala yang mendatangkan kesan negatif dan buruk kepada masyarakat awam. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments