Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SEORANG WANITA DITAHAN

WhatsApp Image 2019-06-05 at 17.27.11.jpeg

BRUNEI MUARA, Selasa 4 Jun - Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat beserta Unit Pecah Rumah dan Curi Kereta Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini telah berjaya membongkar aktiviti dan kegiatan yang tidak bermoral. 

Serbuan yang dijalankan tersebut telah berhasil memberkas seorang wanita warganegara asing di dalam sebuah bilik penginapan di dalam hotel di kawasan Jalan Batu Besurat, Kg Pangkalan Gadong. 

Semasa serbuan tersebut pihak polis telah menemukan beberapa bahan bukti seperti  beberapa kepingan kondom dan wang tunai di lokasi kejadian dipercayai untuk tujuan kegiatan menawarkan khidmat seks. 
 
Suspek wanita bernama Pham Thi Chang berumur 25 tahun warganegara Viet nam menggunakan pas pelawat bagi memasuki negara ini sejak 29 Mei 2019. Suspek dan semua bahan bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk dijalankan siasatan lanjut. 
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa membuat pemantauan dan akan menjalankan tindakan yang tegas terhadap mana-mana kegiatan negatif sepertinya dalam matlamat untuk menjadikan negara ini bebas dan bersih daripada sebarang gejala yang boleh mencemarkan nama baik dan kesejahteraan sejagat. 
 

Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments