Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
15 ORANG PEMANDU DIAMBIL TINDAKAN

2019-05-14 at 10.40 (1).jpeg

TUTONG, Isnin 13 Mei – Seramai 15 orang pemandu telah diambil tindakan iaitu 13 orang dikeluarkan kompoun polis atas kesalahan mengubah suai kenderaan dari asal, tayar keluar mudguard, memandu kenderaan yang tidak layak dari keselamatannya (cermin retak) dan cukai jalan mansuh.   

Sementara itu 2 orang lagi dikeluarkan doket atas kesalahan tidak dilindungi insuran dan 4 pemandu lagi dikeluarkan surat peringatan (Polis 190). 
 
Sekatan jalanraya yang telah dikendalikan oleh keanggotaan Balai Polis Tutong di kawasan KM 63 jalan lebuhraya Muara / Tutong hala ke Tutong berdekatan Mahad Islam Tutong selama 2 jam tersebut diketuai oleh Sarjan Mejar Balai Polis Tutong, Sarjan Mejar 2150 Jaidin bin Abdullah.   

Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa menjalankan operasi seperti ini dalam meningkatkan kesedaran orang ramai dan kepentingan mematuhi segala peraturan lalulintas di negara ini. 
 

Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments