Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
RAGUT TELEFON BIMBIT, SEORANG LELAKI DIBERKAS

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 11 Mei - Taktik kotor melakukan curi dengan cara meragut telah berjaya ditumpaskan, bila mana seorang lelaki tempatan telah berhasil ditahan oleh pihak Polis bagi menjalani siasatan terhadap 4 kes aduan curi yang telah dilaporkan di empat (4) lokasi berasingan yang berlaku di kawasan Daerah Brunei Muara. 

Adapun modus operandi suspek ialah dengan membuat perundingan jual beli berkaitan pembelian telefon bimbit melalui media sosial 'Facebook'. Suspek akan membuat perjumpaan dengan mangsa dan semasa perundingan dibuat, suspek  mengambil kesempatan dengan merampas telefon bimbit dan segera meninggalkan tempat kejadian. 
 
Suspek merupakan seorang warganegara tempatan bernama Haji Mohd Alaihuddin bin Ahmad berumur 31 tahun dan tidak bekerja. 

Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 13 Mei 2019 bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu Curi. 

Hasil daripada sebutan kes, tertuduh telah mengaku bersalah dan Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh pemenjaraan di Penjara Maraburong selama 8 bulan bermula tarikh tertuduh direman iaitu 11 Mei 2019. 
 

Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments