Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAWASAN KEJIRANAN BANTU TANGANI KECURIAN PILI BOMBA

2019-04-12 at 10.10.31 (1).jpeg

BRUNEI DAN MUARA, Khamis 11 April - Pengawasan Kejiranan (PK) anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah turut sama mengambil peranan dan tanggungjawab bagi membantu menangani kecurian, kerosakan dan perbuatan khianat terhadap pili-pili Bomba yang dilaporkan di Balai-Balai Polis seluruh daerah. 

Justeru itu, satu rondaan telah dikendalikan oleh Unit PK Balai Polis Pusat, BSB bersama ahli PK Kg Burong Lepas ke syarikat yang mengendalikan pembelian ke atas barangan kitaran seperti besi-besi buruk di kawasan Kampong Kilanas. 

Sebanyak 3 syarikat telah dibuat pendekatan bagi menerangkan lebih lanjut mengenai barangan yang dipercayai curi dan akibat daripada penerimaan serta pembelian barangan sepertinya.  
 
Antara lain tujuan rondaan serta pendekatan ini juga menjurus kepada pemantauan dan pemerhatian ke atas mana-mana syarikat penerimaan sisa-sisa barangan besi buruk agar mereka lebih peka dan sentiasa menanam sikap berawas serta mengambil tindakan yang sewajarnya jika ada menemukan sebarang individu yang cuba atau berhasrat menjual kepada syarikat-syarikat berkenaan. 

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin memaklumkan kepada orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama dalam penyaluran maklumat ke Balai-Balai Polis berdekatan atau ditalian kecemasan 993 jika ada menemukan sebarang individu yang cuba untuk merosakkan, mengambil atau melakukan perbuatan yang mencurigakan terhadap pilipili Bomba di kawasan persekitaran dan sekeliling awda. 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI



Attachments