Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PROGRAM PENDEKATAN & RONDAAN PENGAWASAN KEJIRANAN

IMG-20190411-WA0024.jpgIMG-20190411-WA0023.jpg

BRUNEI MUARA, Rabu 10 April - Sebanyak empat (4) pendekatan dan tiga (3) rondaan pencegahan jenayah Pengawasan Kejiranan (PK) dijalankan di beberapa buah kampung yang dikendalikan oleh balai-balai Polis di Daerah Brunei Muara, Daerah Belait dan Daerah Temburong yang mana ianya merupakan tindakan sepadu yang berterusan melibatkan Pasukan Polis Diraja Brunei dan masyarakat dalam mengatur strategi dan tindakan pencegahan jenayah. 

Dalam membincangkan hal ehwal semasa dan perkembangan kampung, Unit Pengawasan Kejiranan Focal Point Balai Polis Kampong Ayer telah membuat pendekatan ke rumah Ketua Kampung Putat, Yang Mulia Awang Haji Jumat bin Akim. 
 
Sementara itu, Focal Point Balai Polis Pusat BSB bersama DHQ Brunei Muara membuat pendekatan dan pemantauan di Kampong Bengkurong, Mukim Kilanas dan selajurkan dengan penyerahan Risalah Langkah Pencegahan Jenayah kepada penduduk kampung. 
 
Rondaan pencegahan jenayah Pengawasan Kejiranan (PK) giat dijalankan bersama tiga orang ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Limau Manis yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Limau Manis, Inspektor Alif Nur Khaliq bin Haji Mat Rasil bersama keanggotaan Balai Polis Limau Manis. Tumpuan rondaan di kawasan Ladang Padi Kg Limau Manis, kawasan Kg Junjongan dan kawasan Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah. 
 
TEMBURONG - Focal Point Balai Polis Bangar mengadakan pendekatan bersama Ketua Kampong Lepong Baru, Yang Mulia Awang Ambol Anak Bakit selaku Pengerusi PK yang mana intipati perjumpaan mengenai dengan acara penyampaian sijil lantikan ahli PK Kg Lepong yang baru dan beberapa perkara mengenai aktiviti PK. 
 
Keanggotaan Balai Polis Bangar, Daerah Temburong menggerakkan operasi sekatan jalanraya dan pencegahan jenayah bersama enam orang ahli PK Kg Rataie, Perpindahan Rataie dan STKRJ di bawah tadahan Mukim Bokok yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Penolong Penguasa Polis (ASP) Pg Anak Hj Azanuddin Aman Shah bin Pg Anak Ismail Al-Haj. 

Turut hadir bersama ialah Yang Berhormat Haji Embran bin Haji Sabtu selaku Penghulu dan Penasihat PK Kg Bokok, Pemangku Ketua Kg Rataie iaitu Yang Mulia Haji Moslim bin Haji Salleh selaku Pengerusi PK dan Yang Mulia Abdullah bin Haji Mahmod, Pemangku Ketua Kg Bokok. 

2019-04-11 at 15.51 (4).jpeg
2019-04-11 at 15.51 (2).jpeg
Sepanjang operasi sekatan jalanraya yang tertumpu di Jalan Kg Rataie telah menahan sebuah kenderaan atas dua kesalahan dan dikeluarkan kompaun ke atas pemandu. 
 
BELAIT - Tidak ketinggalan, lawatan pendekatan dari Unit Pengawasan Kejiranan Focal Point Balai Polis Kuala Belait ke rumah Ketua Kampong Mumong, Yang Mulia Awang Haji Mohd Yusof bin Haji Dulamin dalam perkongsian maklumat mengenai isu semasa dan masalah kejadian jenayah di kawasan kampung serta perbincangan aktiviti PK yang akan datang. 

Turut sama menjalankan rondaan PK di sekitar kawasan RPN Kg Panaga 2000 daripada ahli PK Kg Panaga 2000 yang dihadiri oleh Timbalan Pengerusi PK, Yang Mulia Awang Zaleha bin Lahap bersama empat orang ahlinya. 

Mengetuai rondaan ialah Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Penolong Penguasa Polis Percubaan (P/ASP) Syed Md Afidzul Azeez bin Sheikh Haji Abu Bakar dan Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Inspektor Percubaan (PI) Norfaiz bin Bakri bersama anggota balai. 

2019-04-11 at 15.51 (3).jpeg
Sepanjang rondaan yang dijalankan di kawasan Jalan Karuak, Jalan Kalajiau, Jalan Taripas, Jalan Puragam dan Jalan Parak tidak ada menemukan sebarang perkara yang menyalahi undang-undang mahupun yang mencurigakan. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa bekerjasama dengan Pengawasan Kejiranan (PK) dalam strategi dan tindakan untuk menghalang dan tidak memberi ruang serta peluang kepada jenayah untuk berlaku di negara ini. 
 

Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS  
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 



Attachments