Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SEKATAN JALANRAYA MINGGUAN DAERAH POLIS BELAIT

SERIA, Selasa 12 Mac - Seramai 12 pemandu telah dikeluarkan surat peringatan (Polis 190) semasa sekatan jalanraya yang dijalankan oleh keanggotaan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait semalam. 

Sekatan bertempat di Jalan Tengah Seria kawasan berhadapanan Ibu Pejabat Polis Daerah Belait, Lorong 14 Panaga itu dianggotai seramai 13 orang anggota yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Panaga, Inspektor Mikhail Iman bin Abdullah Lee. 

Antara lain kesalahan yang didapati ialah tidak membawa lesen memandu dan lampu plat lesen kenderaan tidak berfungsi. Dalam pada itu, tidak ada kesalahan jenayah mahupun perkara-perkara yang mencurigakan ditemui semasa sekatan dibuat. 
 
Operasi sekatan sepertinya akan sentiasa dijalankan dan dipertingkatkan dalam hala tuju memberikan kesedaran akan kepentingan mematuhi segala peraturan lalulintas di negara ini dan kepekaan terhadap keselamatan dan kondisi kenderaan yang dipandu sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. 
 

Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments