Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PECAH AMANAH DAN PEMALSUAN DOKUMEN TERIMA PADAH

​BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 9 Februari - Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menahan seorang wanita warga tempatan dipercayai terlibat dengan melakukan Pecah Amanah dan Pemalsuan Dokumen syarikat. 

Tertuduh Norfizalahyati bte Abdullah berumur 35 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Perantaraan dengan 2 pertuduhan yang melibatkan kes Pecah Amanah dan Pemalsuan dokumen ke atas sebuah syarikat di tempat tertuduh bertugas. 
 
Tertuduh telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 408 & 468 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan telah dijatuhkan hukuman selama 29 bulan pemenjaraan yang bermula pada 4 Februari 2019. 
 

Dikeluarkan Oleh :  
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS 
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments