Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
KURSUS KEBERKESANAN PENGAWASAN KEJIRANAN

​GADONG, Khamis 29 November - Kursus Asas Keberkesanan Pengawasan Kejiranan (PK) sesi 2/2018 di akhiri dengan majlis penutup dan penyampaian sijil yang telah diadakan di Pusat Pembelajaran Berterusan Polis, Ibu Pejabat Polis, Gadong.   

Seramai 18 orang ahli PK berdaftar di bawah tadahan Daerah Brunei & Muara yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta turut serta dalam kursus yang dikendalikan selama 2 hari itu. 

 
Hadir selaku tetamu kehormat dan penyampai sijil kursus ialah Ketua Urusetia Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Timbalan Penguasa Polis Hamydon bin Ibrahim. 
 
Turut hadir pegawai dan anggota-anggota daripada Unit Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) selaku Urusetia Pengawasan Kejiranan PPDB serta daripada Unit PK Daerah Polis Brunei Muara. 

Intipati kursus yang dijalankan ialah menjurus kepada pendedahan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang ahli PK, penjelasan terhadap trend dan kesalahan jenayah terkini,  di samping penerapan ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat yang telah disampaikan oleh pegawai daripada Jabatan di dalam PPDB serta daripada Peguam Negara. 

 

Diharapkan dengan kursus yang telah di jalankan ini dapat membantu dan membimbing peserta-peserta kursus bagi mengarap semangat dan memberikan sokongan padu dalam menjayakan lagi program Pengawasan Kejiranan dalam membantu mencegah, membenteras dan memerangi jenayah di negara ini. 
 

Dikeluarkan Oleh :  
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments