Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENYELUDUP DIBERKAS POLIS

LIMAU MANIS, Ahad 4 November -  Pasukan Simpanan C Kompeni Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya menggagalkan satu aktiviti kes penyeludupan barang tegahan melalui Operasi Langkah yang di jalankan di kawasan jalan tikus Lumapas.

Hasil daripada operasi tersebut telah berjaya memberkas Safaae bin Mat, 61 tahun, warga negara Malaysia dan Haji Zulkifli bin Haji Ismail, 43 tahun, warga negara tempatan yang disyaki cuba menjalankan kegiatan menyeludup masuk barang-barang tegahan melalui jalan tikus tersebut.

Dalam tangkapan itu juga, Pihak Polis telah berjaya merampas sejumlah 6 karton rokok pelbagai jenama dan kesemua barang-barang rampasan telah di bawa ke Balai Polis Limau Manis dan di serahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut.

Kes ini di siasat dibawah Seksyen 146 Perintah Eksais 2006 dan Akta Imigresen Penggal 17 (Masuk/Keluar dari Negara ini tanpa melalui Pos Kawalan Imigresen).

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyeru orang ramai bagi menyalurkan dan mengkongsikan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah ke Pasukan Polis Diraja Brunei melalui talian 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
Attachments