Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PERJUMPAAN PK SUKU TAHUN KE 2 & KE 3 BAGI 2018


BRUNEI MUARA, Sabtu 03 November - Dua (2) sesi perjumpaan suku tahun Pengawasan Kejiranan (PK) telah di ungkayahkan oleh keanggotaan Balai Polis Pusat bersama ahli-ahli PK di Bilik Gerakan Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan (BSB).

Bagi perbincangan sesi pagi telah di hadiri oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat, Inspektor Bakrie Asmie bin Abu Bakar dan ahli PK Mukim Gadong 'A' serta 'B' terdiri daripada Timbalan-Timbalan Pengerusi Kg STKRJ Rimba, Kg Tungku / Katok, Kg STKRJ Tungku Kawasan 1 dan Kg Mata-Mata Gadong.

 pk meeting.jpg

Manakala pada sesi petang pula di hadiri oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei dan Muara, Penguasa Polis (Supt) Pengiran Haji Abdul Salam Bin Pengiran Haji Abdul Ghani bersama ahli PK daripada Mukim Kota Batu serta Mukim Kilanas yang terdiri daripada Timbalan-timbalan pengerusi Kg Sungai Belukut, Kg Dato Gandi, Kg Sungai Matan, Kg Madewa dan Kg Bunut Perpindahan.

PHOTO-2018-11-04-08-47-48.jpg

Turut menghadiri ialah ahli-ahli fokal point dan anggota - anggota Balai Polis Pusat BSB.

Perjumpaan dan permuzakarahan suku tahun ke 2 dan ke 3 ini memfokuskan mengenai statistik kes-kes jenayah dan kemalangan lalulintas serta perkongsian maklumat berkenaan perkara-perkara yang berlaku di sepanjang 6 bulan yang lalu. Perbincangan juga menyentuh rancangan- rancangan bagi meningkatkan lagi aktiviti dan program-program dibawah PK dimasa akan datang.

tim pengerusi.jpg

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI



Attachments