Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SUSPEK MENYAMAR DIBERKAS

BRUNEI MUARA, Khamis 11 Okt - Berikutan laporan kes penyamaran sebagai seorang anggota Polis. Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil membuat penahanan keatas seorang suspek lelaki semalam.


Abdullah Muhammad Sham Khairunnas bin Abd Wahab, 23, warganegara tempatan telah di berkas oleh anggota tugas-tugas khas (Special Duty) Balai Polis Berakas kerana dipercayai terlibat dengan kes penyamaran bertujuan untuk kegiatan penipuan.

Suspek telah di hadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan dan permohonan reman telah diluluskan bagi meneruskan siasatan dan pengumpulan
maklumat selanjutnya.

Dalam pada itu, suspek akan berdepan dengan dakwaan di bawah seksyen 419 'menipu melalui penyamaran’ Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

Adalah di nasihatkan kepada orang ramai, jika melihat atau di datangi oleh individu yang mengaku sebagai seorang anggota penguatkuasa undang-undang atau anggota beruniform disarankan untuk meminta bukti pengenalan diri anggota berkenaan dan seterusnya mengambil butir-butir peribadi untuk di rujuk kembali kepada jabatan-jabatan tertentu.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
Attachments